Akaun FSMOne daus, tanpa tapisan
Akaun FSMOne daus kecil berbanding Wahed atau Moomoo, sebab daus guna FSMOne untuk dua benda spesifik: RSP ETF seluruh dunia, dan cuba Global Income Portfolio yang baru. Halaman ni tunjuk nombor sebenar pada 23 Okt 2026, termasuk yang tengah rugi. Ini apa daus buat, bukan cadangan untuk korang.
- Jumlah portfolio
- MYR 3,654.70
- Pelaburan
- MYR 2,978.05
- Untung/rugi
- βMYR 8.47 (β0.28%)
- Tunai (Cash + Auto-Sweep)
- MYR 676.65
Apa daus pegang dan kenapa
VWRA (Vanguard FTSE All-World, didagangkan di London). Satu ETF yang pegang ribuan syarikat seluruh dunia. Daus RSP RM100 pada 1hb, 8hb, 15hb dan 22hb setiap bulan sejak 30 April 2026. Nilai USD 480.35 (lebih kurang RM1,960), rugi USD 6.53 pada hari screenshot. Daus tak risau, sebab daus beli sikit-sikit untuk jangka panjang.
Global Income Portfolio β Core. Daus masuk RM1,000 pada 30 Sep 2026 dan tambah RM100 sebulan melalui RSP. Nilai MYR 991.04, rugi MYR 8.96. Bayaran bulanan pertama dijadual 1 Nov 2026. Daus akan update di sini sama ada bayaran tu betul-betul masuk.
Tunai MYR 661.61 dalam Cash Account (2.00%) untuk RSP VWRA. Faedah Cash Account bulan Oktober masuk RM1.80.
RSP daus: RM500 sebulan
Jumlah RSP MYR 500 sebulan: RM400 untuk VWRA (4 Γ RM100) dan RM100 untuk Global Income Portfolio. RSP ETF dalam FSMOne 0% yuran pemprosesan, jadi beli RM100 setiap minggu tak makan yuran macam beli saham terus (yang minimum RM8.80 setiap kali di Bursa, atau USD3.80 untuk ETF US).
Pelaburan ada risiko. Nilai unit trust, saham dan ETF boleh naik dan turun, dan pulangan lepas bukan jaminan pulangan akan datang. Auto-Sweep dan Cash Account bukan deposit bank. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.