Belajar FSMOneoleh DausDK
Lorong Mula ยท rak 1 daripada 3

Apa itu FSMOne, selamat ke, dan apa ada dalam app dia

FSMOne (dulu dikenali sebagai Fundsupermart) ialah platform pelaburan milik iFAST Capital Sdn Bhd. Syarikat ni ada lesen Capital Markets Services dari Suruhanjaya Sekuriti (SC), nombor eCMSL/A0229/2008, dan dah beroperasi di Malaysia sejak 2008. Syarikat induk dia, iFAST Corporation, tersenarai di bursa saham Singapura.

Benda paling menarik pasal FSMOne: dalam satu app korang boleh beli unit trust (lebih 900 dana), PRS untuk jimat cukai, saham Bursa, saham dan ETF US, Hong Kong, Singapura dan London, bon, portfolio terurus, dan simpan duit dalam Auto-Sweep yang bagi pulangan harian. Halaman ni tunjuk di mana semua benda tu dalam app.

Duit pelanggan diletak dalam akaun amanah pelanggan (client trust account) yang berasingan dari duit syarikat. Tapi ingat, FSMOne ialah platform pelaburan, bukan bank. Produk pelaburan boleh naik dan turun nilai.

ยฑ5 minit ยท 5 langkah ยท screenshot sebenar dari akaun daus, 23 Okt 2026

Syarikat
iFAST Capital Sdn Bhd
Lesen SC
eCMSL/A0229/2008
Induk
iFAST Corporation (SGX)
Nama dalam App Store
"FSM - Invest Globally"
Nak cuba tekan sendiri dulu?Simulator 3 tekanan guna skrin sebenar. Salah takpe.

1 = tekan ikut nombor ยท A = tengok bahagian ni ยท kawasan gelap = abaikan dulu

  1. ABC
    Langkah 1 / 5

    Tab Discover: pintu masuk semua produk

    Ni skrin pertama lepas log masuk. Ikon bulat di tengah ialah jalan pintas ke produk utama: Auto-Sweep, IPO, PRS, Income Portfolio, Funds, Stocks, ETFs dan Bonds. Baris tab di atas pula susun produk ikut jenis.

    • Tab produk: All, Funds, Stocks, ETFs, Bonds, Managed Portfolio
    • Ikon pintas ke produk utama
    • 5 tab utama app: Discover, Watchlist, Trade, Cash, Holdings

    Banner merah di atas ialah notis rasmi FSMOne, contohnya waktu penyelenggaraan. Baca sekali imbas sebelum buat transaksi.

  2. 1AB
    Langkah 2 / 5

    Tab Trade: semua jenis transaksi dalam satu skrin

    Kalau korang tak tahu nak cari butang di mana, pergi tab Trade. Semua transaksi ada di sini: top up, withdraw, tukar mata wang, beli dan jual unit trust, saham dan ETF, sampai ke RSP dan IPO.

    • Tekan tab Trade
    • Shortcuts: Top Up, FX Conversion, Orders, Apply RSP
    • Cash Solution: urusan duit masuk dan keluar
  3. 1AB
    Langkah 3 / 5

    Tab Cash: semua duit tunai korang

    Tab Cash tunjuk duit yang belum dilabur. Ada dua jenis tempat letak duit: Cash Account (macam dompet, ada faedah kecil) dan Auto-Sweep (dana pasaran wang dengan pulangan lebih tinggi). Masa screenshot ni, daus ada MYR 676.65 dalam tab ni.

    • Tekan tab Cash
    • Jumlah semua duit tunai, ikut Cash Account dan Auto-Sweep
    • Setiap akaun ada kadar pulangan setahun sendiri
  4. 1AB
    Langkah 4 / 5

    Tab Holdings: apa yang korang dah beli

    Tab Holdings tunjuk semua pelaburan korang, untung atau rugi, dan peratus pecahan. Ikon di bawah bawa korang ke sejarah pendapatan, prestasi, RSP dan senarai order.

    • Tekan tab Holdings
    • Nilai semua pelaburan + tunai
    • Senarai pelaburan dengan untung/rugi
  5. ABC
    Langkah 5 / 5

    Menu: akaun, keselamatan, penyata dan bantuan

    Ikon tiga garis di kanan atas buka menu ni. Di sini ada kad Refer & Earn, tahap ganjaran korang (Silver, Gold, Platinum), Digital Token untuk log masuk, dan semua tetapan akaun.

    • Refer & Earn: kod rujukan korang sendiri
    • Tahap ganjaran (Tier)
    • Digital Token, Promotions, Market Data

Kalau korang baru nak mula, ikut Lorong Mula dalam pelan lorong: daftar guna link, faham reward, lepas tu top up dan cuba produk pertama. Kalau dah ada akaun, terus lompat ke tutorial yang korang perlukan.

Reward pengguna baru ยท sampai 31 Disember 2026

Cara dapat RM25 guna kod DAUSDK37

  1. Tekan link daus (butang Daftar). Kod DAUSDK37 terus terisi dalam ruang "Referral Code" di langkah pertama borang, dan tertulis "Valid". Kalau korang daftar tanpa link, taip DAUSDK37 sendiri dalam ruang tu.
  2. Lengkapkan 5 langkah borang dan sahkan akaun bank dengan RM1 melalui FPX. RM1 tu dipulangkan ke Cash Account bila akaun aktif.
  3. Tunggu akaun diaktifkan. Biasanya hari bekerja yang sama korang hantar borang.
  4. Buat SATU daripada dua ni sebelum 31 Disember 2026: top up Cash Account (minimum top up dalam app RM100), atau beli apa-apa produk kali pertama (unit trust, saham, ETF, bon atau portfolio terurus).
  5. RM25 masuk sebagai kredit dalam MYR Cash Account korang, paling lambat 60 hari bekerja lepas top up atau belian pertama tu.

RM25 ni kredit dalam Cash Account, bukan duit tunai yang dihantar ke bank, tapi korang boleh guna untuk melabur. Satu orang dapat sekali sahaja, dan tak boleh dapat RM25 New User Reward sekali lagi. Pindahan unit trust masuk (transfer-in) tak dikira sebagai belian pertama. Akaun baru juga dapat diskaun yuran sehingga 50% selama 30 hari selepas akaun aktif. Sumber: T&C rasmi FSMOne (Referral & New Account Benefits) dan skrin Refer & Earn dalam app, disemak 23 Okt 2026. Tengok skrin sebenar โ†’

Daftar guna link daus

Daus dapat ganjaran rujukan kalau korang daftar guna kod DAUSDK37. Korang pun dapat RM25 yang sama, dan yuran korang tak naik sesen pun.

Pelaburan ada risiko. Nilai unit trust, saham dan ETF boleh naik dan turun, dan pulangan lepas bukan jaminan pulangan akan datang. Auto-Sweep dan Cash Account bukan deposit bank. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.

Belum ada akaun? Kod DAUSDK37
Korang dapat RM25, terisi sendiri bila guna link
Daftar