Cara top up duit masuk FSMOne (FPX, bank transfer, auto bulanan)
Sebelum boleh beli apa-apa, korang kena masukkan duit dulu. FSMOne panggil proses ni "Top Up". Duit boleh masuk ke Cash Account (macam dompet dalam app) atau terus ke Auto-Sweep (dapat pulangan lebih tinggi sementara duit belum dilabur).
Cara paling laju ialah FPX. Duit masuk serta-merta. Peraturan paling penting: duit mesti dari akaun bank atas nama korang sendiri. FSMOne tolak duit dari akaun orang lain, termasuk akaun suami atau isteri, dan tak terima deposit tunai di kaunter.
- Minimum top up
- RM100 setiap kali
- FPX
- Masuk serta-merta, sehingga RM50,000 setiap transaksi
- Bank transfer
- Sehingga T+1 hari bekerja
- Akaun bank
- Mesti atas nama sendiri
1 = tekan ikut nombor ยท A = tengok bahagian ni ยท kawasan gelap = abaikan dulu
- Langkah 1 / 5
Trade โ Top Up โ pilih akaun yang nak diisi
Dari tab Trade, tekan Top Up, lepas tu tekan "Top Up to". Senarai ni keluar. Untuk orang baru, pilih MYR Cash Account. Kalau korang dah faham Auto-Sweep, boleh terus pilih MYR Auto-Sweep supaya duit terus dapat pulangan harian.
- MYR Auto-Sweep: pulangan lebih tinggi, patuh Syariah
- Pilih MYR Cash Account
- Langkah 2 / 5
Masukkan jumlah, minimum RM100
Taip jumlah atau tekan butang cepat 100, 500, 1,000 atau 5,000. App tak terima kurang dari MYR 100. Lepas tu tekan Proceed.
- Akaun yang akan diisi
- Tekan 100 (atau taip jumlah lain)
- Tekan "PROCEED"
- Langkah 3 / 5
Pilih FPX Online Banking
FPX ada tanda "Recommended" sebab baki masuk serta-merta. Online Bank Transfer ambil masa sehingga T+1 hari bekerja dan korang kena muat naik resit. Cek pula sehingga T+6 hari bekerja.
- Tekan "FPX Online Banking"
- Hanya akaun bank atas nama sendiri. Tunai tak diterima.
Bayaran dari akaun bank yang bukan atas nama korang akan ditolak dan dipulangkan. Ini selalu jadi punca "duit tak masuk".
- Langkah 4 / 5
Faham status "Pending Payment" dan butang Pay Now
Kalau korang tutup halaman bank sebelum bayar, atau pilih bank transfer, app cipta arahan top up berstatus Pending Payment. Duit belum keluar dari bank. Tekan Pay Now untuk sambung bayar, atau biarkan je kalau tak jadi.
- Status: Pending Payment (belum bayar)
- Tekan "PAY NOW" untuk bayar
Arahan pending juga muncul dalam Cash โ More โ Historical Transaction โ Orders โ Cash Solutions.
- Langkah 5 / 5
Nak top up automatik setiap bulan? Guna Recurring Top Up
Trade โ Cash Accounts RSP (atau Cash โ More โ Recurring Top Up) buka skrin ni. FSMOne potong jumlah tetap dari akaun bank korang setiap bulan melalui FPX e-Mandate, macam arahan tetap (standing instruction). Sesuai untuk yang nak simpan sikit-sikit tanpa ingat.
- Jumlah bulanan, contoh RM100
- Pilih atau cipta e-Mandate (sambung ke bank)
- Tekan "APPLY"
Cipta e-Mandate kena bayar RM1 (dipulangkan FSMOne). Bank potong duit lebih kurang 4 hari bekerja sebelum 15hb setiap bulan.
Lepas FPX berjaya, baki Cash Account terus bertambah dan korang boleh beli serta-merta. Kalau duit dah keluar dari bank tapi baki tak naik selepas satu hari bekerja, semak dulu akaun bank tu atas nama korang ke tak, kemudian hubungi FSMOne dengan resit bank.
Pelaburan ada risiko. Nilai unit trust, saham dan ETF boleh naik dan turun, dan pulangan lepas bukan jaminan pulangan akan datang. Auto-Sweep dan Cash Account bukan deposit bank. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.