Belajar FSMOneoleh DausDK
Soalan lazim

Soalan yang orang selalu tanya

FSMOne ni selamat ke? Berlesen?

FSMOne dikendalikan oleh iFAST Capital Sdn Bhd, pemegang lesen Capital Markets Services dari Suruhanjaya Sekuriti (eCMSL/A0229/2008), beroperasi di Malaysia sejak 2008. Syarikat induk iFAST Corporation tersenarai di bursa Singapura. Duit pelanggan diletak dalam akaun amanah pelanggan yang berasingan dari duit syarikat. Tapi ia platform pelaburan, bukan bank, dan nilai pelaburan boleh turun.

Tutorial: Apa itu FSMOne β†’
Duit dalam FSMOne dilindungi PIDM ke?

Tidak. FSMOne sendiri nyatakan Auto-Sweep tidak dilindungi PIDM. Unit trust, saham, ETF dan bon ialah pelaburan, bukan deposit. Untuk Cash Account, FSMOne tak terbitkan kenyataan perlindungan PIDM, jadi anggap tiada.

Tutorial: Auto-Sweep β†’
Berapa minimum nak mula?

Buka akaun percuma, tiada deposit minimum. Top up minimum dalam app RM100. Auto-Sweep mula RM10. RSP unit trust dan ETF dari RM100. Setiap unit trust ada minimum sendiri (contohnya RM500 atau RM2,000), semak tab Transaction Info.

Tutorial: Cara top up β†’
Kod DAUSDK37 dapat apa, dan bila masuk?

RM25 kredit dalam MYR Cash Account, dan diskaun yuran sehingga 50% selama 30 hari. Syarat: daftar guna kod (terisi sendiri bila guna link daus), akaun aktif, kemudian top up atau buat belian pertama sebelum 31 Disember 2026. RM25 masuk dalam 60 hari bekerja. Tak boleh digabung dengan RM25 New User Reward.

Tutorial: Reward & diskaun β†’
Dah daftar tapi lupa masukkan kod. Boleh tambah?

Kod rujukan hanya boleh dimasukkan di langkah pertama borang buka akaun. Lepas akaun siap, kod tak boleh ditambah. Tapi korang masih layak RM25 New User Reward (syarat sama) walaupun tanpa kod.

Tutorial: Cara daftar β†’
Berapa lama akaun diluluskan?

Biasanya hari bekerja yang sama korang hantar borang lengkap. Permohonan pada hujung minggu atau cuti umum diluluskan hari bekerja seterusnya. Korang dapat SMS dan emel pengesahan.

Tutorial: Cara daftar β†’
Top up tak masuk. Kenapa?

Punca paling biasa: duit dihantar dari akaun bank yang bukan atas nama korang (ditolak dan dipulangkan). FPX biasanya masuk serta-merta. Online Bank Transfer sehingga T+1 hari bekerja dan perlu muat naik resit. Semak juga Orders β†’ Cash Solutions: kalau status "Pending Payment", bayaran belum dibuat.

Tutorial: Cara top up β†’
Withdraw berapa lama sampai bank?

Withdraw MYR sebelum 4 petang hari bekerja dikreditkan hari yang sama. Selepas 4 petang, hari bekerja berikutnya. Withdraw pertama ke akaun bank baru perlukan pengesahan sekali, jadi tak serta-merta. Minimum RM100 atau semua baki.

Tutorial: Cara withdraw β†’
Auto-Sweep dan Cash Account, apa beza?

Cash Account macam dompet, bagi faedah kecil (MYR 2.00% setahun, dibayar bulanan). Auto-Sweep ialah dana pasaran wang dengan kadar lebih tinggi (MYR 3.121% setahun, patuh Syariah, 19 Okt 2026) dan baki boleh terus guna untuk beli. Kadar Auto-Sweep tak dijamin dan ikut hasil dana.

Tutorial: Auto-Sweep β†’
Ada pilihan patuh Syariah?

Ada. MYR Auto-Sweep patuh Syariah. Fund Selector boleh tapis 236 unit trust patuh Syariah. Ada 5 Managed Portfolio Islamik, dan koleksi 28 ETF patuh Syariah. Semak status Syariah setiap produk dalam app sebelum beli.

Tutorial: Pilih unit trust β†’
PRS boleh jimat cukai berapa?

Pelepasan sehingga RM3,000 setahun. Jimat bergantung pada kadar cukai: RM330 untuk kadar 11% (pendapatan bercukai RM50,001–70,000), sehingga RM900 untuk kadar 30%. Di FSMOne semua PRS 0% sales charge. Kempen RM40 untuk RM3,000 dalam satu dana PRS sampai 15 Dis 2026.

Tutorial: PRS jimat cukai β†’
Boleh beli saham US dengan RM100?

Beli terus perlu 1 unit penuh (contoh VOO lebih kurang USD700). Untuk modal kecil, guna ETF RSP: mula RM100, boleh beli pecahan unit, yuran pemprosesan 0%. Duti setem Malaysia masih dikenakan.

Tutorial: RSP auto labur β†’
Kenapa MYR Cash Account tak keluar bila beli ETF US?

ETF US dibayar dalam USD. Pilihan bayar: USD Cash Account, USD Auto-Sweep atau MYR Auto-Sweep (tukar automatik). Kalau duit dalam MYR Cash Account, tukar dulu guna FX Conversion, atau pindah ke MYR Auto-Sweep.

Tutorial: Tukar mata wang β†’
Holdings tunjuk nilai pelik, macam kecil sangat?

Senarai dalam Holdings papar nilai dalam mata wang produk. VWRA 480.35 bermaksud USD 480.35, bukan RM. Jumlah besar di atas dalam ringgit. Tab Allocation tunjuk semua dalam ringgit.

Tutorial: Baca Holdings β†’
Macam mana nak apply IPO Bursa?

Discover β†’ IPO β†’ pilih IPO β†’ Subscribe. Perlu CDS individu (percuma, dibuka dalam app). Tiada yuran langganan IPO. Hanya untuk warganegara Malaysia dengan akaun peribadi.

Tutorial: IPO Bursa β†’
Yuran FSMOne berapa?

Saham Bursa 0.05% min RM8.80. ETF Bursa 0.03% min RM3.80. Saham US 0.08% min USD3.80. ETF US USD3.80. ETF RSP 0%. Unit trust ekuiti sehingga 1.50% (+SST), dana bon 0% + platform 0.05% sesuku, PRS dan KWSP 0%. Tiada yuran custody.

Tutorial: Semua yuran β†’
Global Income Portfolio betul ke 5% setahun?

5.0% ialah hasil 12 bulan bergulir, dan bulan sebelum 1 Ogos 2026 ialah data backtest. Tak dijamin. Factsheet 30 Sep 2026 tunjuk pulangan sebenar sejak dilancar βˆ’1.2%. Bayaran bulanan masuk Cash Account setiap 1hb, tapi nilai pelaburan boleh turun.

Tutorial: Portfolio terurus β†’
Macam mana nak hubungi FSMOne?

Butang chat merah dalam app (Live Agent atau WhatsApp), telefon atau WhatsApp +603-2149-0567, emel clienthelp.my@fundsupermart.com. Pejabat Isnin–Jumaat 8.30am–5.30pm.

Tutorial: Hubungi support β†’

Belum ada akaun? Kod DAUSDK37
Korang dapat RM25, terisi sendiri bila guna link
Daftar