Cara withdraw duit dari FSMOne ke akaun bank
Withdraw di FSMOne bermaksud keluarkan duit tunai dari Cash Account atau Auto-Sweep ke akaun bank korang. Kalau duit korang masih dalam unit trust atau saham, jual dulu. Hasil jualan masuk Cash Account atau Auto-Sweep, baru boleh withdraw.
Kali pertama, korang kena daftar akaun bank atas nama sendiri. Withdraw pertama ke akaun tu perlukan pengesahan sekali, jadi tak serta-merta. Lepas dah disahkan, withdraw seterusnya diproses serta-merta.
- Minimum
- RM100, atau keluarkan semua baki
- Sebelum 4 petang
- Dikredit hari bekerja yang sama
- Withdraw pertama
- Pengesahan bank sekali
- Auto-Sweep
- Sebelum 10 pagi untuk hari sama
1 = tekan ikut nombor ยท A = tengok bahagian ni ยท kawasan gelap = abaikan dulu
- Langkah 1 / 4
Trade โ Withdrawal โ pilih akaun
Pilih dari mana duit nak dikeluarkan. Senarai tunjuk semua Auto-Sweep dan Cash Account dengan baki masing-masing.
- Auto-Sweep juga boleh withdraw terus
- Pilih MYR Cash Account
- Langkah 2 / 4
Taip jumlah, kemudian tambah akaun bank
Taip jumlah nak dikeluarkan. Kalau tertulis "No bank account added", korang belum daftar akaun bank. Tekan Add.
- Taip jumlah
- Tekan "Add" untuk tambah bank
- Arrives: bila duit sampai
- Langkah 3 / 4
Pilih Local MYR Bank
Untuk akaun bank di Malaysia, pilih Local MYR Bank.
- Tekan "Local MYR Bank"
- Langkah 4 / 4
Pilih bank dan taip nombor akaun
Nama pemegang akaun dah terisi ikut nama akaun FSMOne korang, dan tak boleh ditukar. Sebab tu akaun bank mesti atas nama korang sendiri. Pilih bank, taip nombor akaun, tekan Save.
- Pilih bank
- Taip nombor akaun bank
- Withdraw pertama perlu pengesahan sekali
- Tekan "Save"
Lepas bank disimpan, balik ke skrin withdraw, semak jumlah, tekan Continue dan sahkan guna Digital Token. Withdraw MYR yang dihantar sebelum 4 petang hari bekerja dikreditkan hari yang sama. Selepas 4 petang, hari bekerja berikutnya. Ada juga waktu penyelenggaraan, contohnya notis "MYR Cash Withdrawal Downtime 24 Okt, 2 pagi hingga 7 pagi", jadi semak banner merah dalam app.
Pelaburan ada risiko. Nilai unit trust, saham dan ETF boleh naik dan turun, dan pulangan lepas bukan jaminan pulangan akan datang. Auto-Sweep dan Cash Account bukan deposit bank. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.