Belajar FSMOneoleh DausDK
Lorong Saham & ETF ยท rak 5 daripada 7

Cara langgan IPO Bursa dalam FSMOne (perlu CDS individu)

FSMOne boleh langgan IPO Bursa terus dalam app, tanpa yuran pemprosesan. Syaratnya: warganegara Malaysia, akaun peribadi, dan ada CDS individu atas nama sendiri. Saham biasa dalam FSMOne guna CDS nominee, tapi IPO perlukan CDS individu tambahan.

Buka CDS individu percuma dan diaktifkan hari yang sama kalau dihantar sebelum 12 tengah hari. Korang perlukan akaun bank yang didaftarkan untuk bayaran balik dan dividen.

ยฑ5 minit ยท 4 langkah ยท screenshot sebenar dari akaun daus, 23 Okt 2026

Yuran IPO
0% (percuma)
CDS individu
Percuma
Layak
Warganegara Malaysia, akaun peribadi
Contoh 22 Okt
SKA Capital, RM0.43, min 100 unit
Nak cuba tekan sendiri dulu?Simulator 3 tekanan guna skrin sebenar. Salah takpe.

1 = tekan ikut nombor ยท A = tengok bahagian ni ยท kawasan gelap = abaikan dulu

  1. AB1
    Langkah 1 / 4

    Discover โ†’ IPO: Stock IPO Center

    Tab Available tunjuk IPO yang sedang dibuka. Masa screenshot ada satu: SKA Capital Berhad, tutup 27 Okt 2026 pukul 5 petang, harga MYR0.43, minimum MYR43 (100 unit), keputusan peruntukan 5 Nov.

    • Available: IPO yang sedang dibuka
    • Tarikh tutup, harga, minimum, tarikh keputusan
    • Tekan "Subscribe"
  2. AB1
    Langkah 2 / 4

    Garis masa IPO dan maklumat

    Halaman IPO tunjuk 5 tarikh: buka, tutup, undian (balloting), peruntukan dan tarikh senarai. Ada pautan Prospectus untuk baca sebelum langgan. Tekan Continue.

    • Buka โ†’ tutup โ†’ undian โ†’ peruntukan โ†’ senarai
    • Harga, minimum, prospektus, saiz terbitan
    • Tekan "CONTINUE"
  3. AB1
    Langkah 3 / 4

    Perlu CDS individu: tekan Open Now

    Kalau belum ada CDS individu, app tunjuk skrin ni. Langkah 1 (CDS nominee) dah siap. Langkah 2 ialah buka CDS individu. Sediakan bukti akaun bank kalau diminta.

    • Kenapa perlu CDS individu
    • Langkah: buka CDS individu
    • Tekan "OPEN NOW"
  4. AB
    Langkah 4 / 4

    Tab Listed: realiti IPO selepas disenarai

    Tab Listed banding harga sekarang dengan harga tawaran. Daripada 7 IPO dalam senarai ni, hanya satu (RedPlanet) naik. Yang lain jatuh bawah harga IPO. IPO bukan untung percuma.

    • Harga sekarang vs harga IPO
    • Satu je naik (+36.8%)

Lepas tutup, Bursa buat undian. Keputusan keluar dalam Stock IPO Orders (ikon kalendar di kanan atas). Kalau tak dapat, duit dipulangkan. Kalau dapat, saham masuk ke CDS individu korang pada tarikh senarai. Tab Upcomings dan To Be Listed tunjuk IPO yang bakal datang.

Pelaburan ada risiko. Nilai unit trust, saham dan ETF boleh naik dan turun, dan pulangan lepas bukan jaminan pulangan akan datang. Auto-Sweep dan Cash Account bukan deposit bank. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.

Belum ada akaun? Kod DAUSDK37
Korang dapat RM25, terisi sendiri bila guna link
Daftar