Jenis order, had harga Bursa dan cara jual saham
FSMOne ada 5 jenis order, tapi tak semua boleh dipilih setiap masa. Contohnya Market Order kelabu bila pasaran tutup. Untuk orang baru, Limit Order paling selamat sebab korang tetapkan harga maksimum yang sanggup dibayar.
Jual saham guna skrin yang sama. Tekan SELL, pilih ke mana duit jualan masuk (Redemption Method), harga dan bilangan lot.
- Disyorkan pemula
- Limit Order
- Validity
- Day atau GTD (Good Till Date)
- Had harga Bursa
- RM0.08 (bawah RM1) atau 8%
- Day order Bursa
- Ke Historical selepas 6 petang
1 = tekan ikut nombor Β· A = tengok bahagian ni Β· kawasan gelap = abaikan dulu
- Langkah 1 / 4
Senarai jenis order
Tekan Order Type dalam tiket. Limit Order dipilih secara lalai. Yang berlatar kelabu tak boleh dipilih sekarang, biasanya sebab pasaran tutup.
- Limit Order (disyorkan)
- Market dan Market to Limit (kelabu bila pasaran tutup)
- Stop dan Stop Limit
- Langkah 2 / 4
Penerangan rasmi setiap jenis order
Tekan ikon (i). Limit: beli pada harga had atau lebih baik. Market: beli pada harga semasa. Market to Limit: beli pada harga semasa, baki yang tak terisi jadi Limit. Stop dan Stop Limit: hanya aktif bila harga capai "Trigger Price".
- Limit Order
- Market Order
- Stop dan Stop Limit: perlu Trigger Price
- Langkah 3 / 4
Had harga dinamik Bursa
Tekan (i) sebelah Price. Bursa hadkan berapa jauh harga order boleh lari dari harga semasa: RM0.08 untuk saham bawah RM1, dan 8% untuk saham RM1 ke atas. Kalau order luar julat, kena minta FSMOne naikkan had melalui telefon.
- Bawah RM1: RM0.08. RM1 ke atas: 8%
- Langkah 4 / 4
Cara jual: tekan SELL
Dalam tiket yang sama, tekan SELL. Redemption Method ialah ke mana duit jualan masuk (contoh MYR Auto-Sweep). Balance Qty tunjuk berapa unit korang ada. Daus tiada Maybank, jadi app tunjuk amaran tak cukup kuantiti.
- SELL
- Duit jualan masuk ke mana
- Berapa unit korang ada
Hasil jualan saham Bursa masuk ke akaun yang korang pilih selepas penyelesaian (biasanya T+2 hari bekerja). Selepas tu baru boleh withdraw ke bank. Untuk jual "odd lot" (kurang dari 100 unit), notis dalam app minta korang hubungi dealer FSMOne di +603-2149 0619.
Pelaburan ada risiko. Nilai unit trust, saham dan ETF boleh naik dan turun, dan pulangan lepas bukan jaminan pulangan akan datang. Auto-Sweep dan Cash Account bukan deposit bank. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.