Cara baca halaman unit trust: risiko, pulangan, yuran
Sebelum beli mana-mana unit trust, buka halaman dana dan baca beberapa benda penting. Daus guna contoh Principal Lifetime Bond Fund (dana bon Malaysia) sebab ia ada dalam senarai Recommended. Ini contoh untuk belajar baca, bukan cadangan beli.
Benda yang daus mesti tengok: tahap risiko, pulangan tahunan (bukan pulangan sebulan), ke mana duit dilabur, yuran, minimum, dan berapa hari duit sampai bila jual.
- Contoh
- Principal Lifetime Bond Fund
- Tahap risiko
- 2 (rendah)
- Beli diproses
- T+3 hari bekerja
- Jual dibayar
- T+5 hari bekerja
1 = tekan ikut nombor Β· A = tengok bahagian ni Β· kawasan gelap = abaikan dulu
- Langkah 1 / 4
Bahagian atas: label, risiko dan NAV
Label atas tunjuk fokus pasaran, jenis aset dan tahap risiko. "2-LOW RISK" bermaksud risiko rendah dalam skala FSMOne. NAV ialah harga satu unit hari tu. Angka hijau ialah pulangan dalam tempoh yang dipilih.
- Fokus, jenis aset, tahap risiko
- NAV: harga satu unit
- Pulangan 3 tahun
- Tab: Overview, Why Recommended, Holdings, Information
- Langkah 2 / 4
Key Statistics dan Annualised Returns
Fund Size tunjuk besar dana (MYR 1,818 juta). Annualised Returns ialah purata pulangan setahun: 1 tahun 0.37%, 3 tahun 3.82%, 10 tahun 3.90%. Ni lebih jujur dari tengok pulangan sebulan.
- Saiz dana, tarikh lancar, agihan pendapatan
- Pulangan purata setahun
- Langkah 3 / 4
Holdings: duit korang pergi ke mana
Tab Holdings tunjuk pecahan ikut negara, sektor dan jenis aset. Dana ni 95% di Malaysia dan kebanyakan bon jangka lebih 3 tahun. Data ni dari factsheet syarikat dana.
- Ikut negara
- Ikut sektor / jenis bon
- Langkah 4 / 4
Transaction Info: minimum, masa proses, cooling-off
Ni tab yang ramai terlepas. Minimum pelaburan pertama MYR 2,000 untuk dana ni, tambahan MYR 500. Belian diproses T+3 hari bekerja, jualan dibayar T+5. Ada hak cooling-off dalam 6 hari bekerja.
- Minimum pertama dan tambahan
- Beli T+3, jual T+5 hari bekerja
- Cooling-off 6 hari bekerja
Unit trust guna harga hadapan (forward pricing). Bila korang beli hari ni, harga unit ditentukan pada penutup hari T, bukan harga yang korang nampak masa tekan beli.
Setiap dana ada minimum lain. Contohnya Maybank Malaysia Dividend Fund boleh mula dengan RM500 dan RSP RM100. Semak tab Information juga untuk Prospectus dan Product Highlights Sheet (PHS). PHS ialah dokumen ringkas 2β3 muka yang terangkan risiko dalam bahasa mudah.
Pelaburan ada risiko. Nilai unit trust, saham dan ETF boleh naik dan turun, dan pulangan lepas bukan jaminan pulangan akan datang. Auto-Sweep dan Cash Account bukan deposit bank. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.