Keselamatan akaun FSMOne: Digital Token dan elak scam
FSMOne guna Digital Token dalam app sebagai pengesahan dua langkah (MFA). SMS OTP dihentikan secara berperingkat untuk akaun peribadi mulai Februari 2026. Maksudnya, telefon yang ada app FSMOne korang ialah kunci akaun.
Scam pelaburan selalu guna nama platform terkenal atau nama influencer. Daus tak pernah minta korang pindah duit ke akaun peribadi, tak jual "signal", dan tak urus duit orang.
- MFA
- Digital Token dalam app
- Akaun bayaran rasmi
- IFAST CAPITAL SDN BHD - CLIENT TRUST ACC
- Laman rasmi
- fsmone.com.my
- Daus
- Tak urus duit sesiapa
1 = tekan ikut nombor Β· A = tengok bahagian ni Β· kawasan gelap = abaikan dulu
- Langkah 1 / 2
Menu β Security
Di sini korang tukar kata laluan akaun, kata laluan penyata, urus SMS OTP dan Digital Token, dan tetapkan Session Timeout (berapa lama app log keluar sendiri bila tak guna).
- Tukar kata laluan
- Digital Token (MFA)
- Session Timeout
- Langkah 2 / 2
Duit hanya masuk ke akaun FSMOne, dari akaun korang sendiri
FSMOne terima duit melalui FPX dalam app atau pindahan ke akaun "IFAST CAPITAL SDN BHD - CLIENT TRUST ACC" di Maybank atau Standard Chartered. Nombor akaun rasmi ada dalam app (Top Up β Online Bank Transfer). Kalau ada orang minta pindah ke akaun peribadi atau syarikat lain atas nama FSMOne, itu scam.
- Akaun bank atas nama sendiri sahaja
Jangan sesekali kongsi kata laluan, Digital Token atau kod OTP dengan sesiapa, termasuk orang yang mengaku staf FSMOne atau daus.
Kalau korang rasa akaun dah dicerobohi, hubungi FSMOne serta-merta di +603-2149-0567 dan tukar kata laluan. Kalau dah tertipu dan pindah duit, hubungi bank korang dan National Scam Response Centre di 997 secepat mungkin.
Pelaburan ada risiko. Nilai unit trust, saham dan ETF boleh naik dan turun, dan pulangan lepas bukan jaminan pulangan akan datang. Auto-Sweep dan Cash Account bukan deposit bank. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.