Belajar FSMOneoleh DausDK
Lorong Saham & ETF ยท rak 4 daripada 7

Cara beli ETF US (VOO) dan ETF Syariah dalam FSMOne

Ada dua cara labur dalam ETF US dalam FSMOne. Cara pertama, beli terus. Korang kena beli 1 unit penuh. Untuk VOO (ETF S&P 500) pada USD701, tu lebih kurang RM2,900. Yuran FSMOne USD3.80 rata, tak kira saiz.

Cara kedua, melalui ETF RSP. Mula RM100, boleh beli pecahan unit, dan yuran pemprosesan 0%. Untuk modal kecil, cara ni jauh lebih masuk akal. Tutorial RSP terangkan langkahnya.

Duit untuk beli ETF US mesti dalam USD, atau dalam MYR Auto-Sweep yang FSMOne tukar automatik. MYR Cash Account tak boleh dipakai terus.

ยฑ6 minit ยท 4 langkah ยท screenshot sebenar dari akaun daus, 23 Okt 2026

Beli terus
Minimum 1 unit
Yuran ETF US
USD3.80 rata
ETF RSP
RM100, 0% yuran
ETF Syariah dalam app
28 ETF
Nak cuba tekan sendiri dulu?Simulator 4 tekanan guna skrin sebenar. Salah takpe.

1 = tekan ikut nombor ยท A = tengok bahagian ni ยท kawasan gelap = abaikan dulu

  1. A12
    Langkah 1 / 4

    Cari VOO: halaman ETF

    Cari ticker VOO. Label NYSE bermaksud ETF ni didagangkan di New York. Harga dalam USD. Butang bawah ada dua pilihan: Apply RSP dengan 0 Processing Fee, atau Trade untuk beli terus.

    • NYSE VOO, Vanguard S&P 500 ETF
    • Apply RSP: mula RM100, 0% yuran
    • Trade: beli terus 1 unit
  2. 12A
    Langkah 2 / 4

    Tiket order: Quantity (x1) = unit penuh

    Quantity tertulis "(x1)", jadi 1 bermaksud 1 unit. Tiada pecahan untuk belian terus. Cara bayar USD Auto-Sweep. Jumlah termasuk yuran USD706.98 untuk 1 unit.

    • Bayar guna USD (atau MYR Auto-Sweep)
    • 1 = 1 unit penuh
    • Jumlah dengan yuran
  3. AB
    Langkah 3 / 4

    Yuran sebenar: USD3.80 + duti setem Malaysia

    Yuran FSMOne USD3.80. Ada juga Malaysia Stamp Duty USD1.49. Ramai tak tahu: semua transaksi saham dan ETF asing kena duti setem Malaysia, RM1 setiap RM1,000, maksimum RM200 untuk ETF asing. Yuran audit kecil USD0.01 juga ada.

    • Yuran FSMOne USD3.80
    • Duti setem Malaysia
  4. AB
    Langkah 4 / 4

    Senarai ETF patuh Syariah

    Discover โ†’ ETFs โ†’ ETF Collections โ†’ Shariah-Compliant ETFs. Ada 28 ETF, contohnya SPUS, HLAL, UMMA, ISDW dan SPSK. Ticker ni contoh untuk korang tahu di mana nak cari, bukan senarai beli. Baca setiap ETF sebelum buat keputusan.

    • ETF (28)
    • Senarai ETF Syariah

Daus sendiri RSP ETF VWRA (saham seluruh dunia, didagangkan di London) RM100 empat kali sebulan. Ini apa daus buat, bukan cadangan. Harga ETF US dalam senarai FSMOne lewat sekurang-kurangnya 15 minit, tapi halaman ETF tunjuk harga semasa masa pasaran buka (9:30 malam hingga 4 pagi waktu Malaysia).

Pelaburan ada risiko. Nilai unit trust, saham dan ETF boleh naik dan turun, dan pulangan lepas bukan jaminan pulangan akan datang. Auto-Sweep dan Cash Account bukan deposit bank. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.

Belum ada akaun? Kod DAUSDK37
Korang dapat RM25, terisi sendiri bila guna link
Daftar